Disekolah ataupun rumah, Yusoff menjadi seorang yang sentitif... Pantang baginya orang bermain nama atau mengutuk ayahnya... Yusoff menjadi seorang yang sangat panas baran tidak kira kawan mahupun keluarga tetap pantang baginya... Ada saja yang merasa buku limanya, tak cukup dengan itu Yusoff seringkali bergaduh disekolah untuk mengurangkan rasa kehilangan ayah dan untuk menghiburkan hatinya.
Yusoff tidak mengira lawannya kecil atau besar semuanya dia sapu... Tambahan pula ada pelajar India yang bernama Yogest suka mencari gaduh dengan Yusoff untuk menguji kekuatan... Yusoff sering ke bilik disiplin dan bilik kaunseling sehinggakan cikgu-cikgu disekolah tidak larat lagi menenggur dia... Perbuatan Yusoff yang suka bergaduh itu tidak disukai oleh pelajar perempuan dan kawan-kawannya yang lain disekolah,dari situ kawan Yusoff iaitu Joe mencabar Yusoff untuk memikat Nana... Nana seorang pelajar yang bermasalah dan suka permainkan lelaki,Yusoff menyahut cabaran Joe kerana dia pantang dicabar...
Biasa la zaman sekolah dan masih tidak mengenali lagi dunia IT,Yusoff mengirim surat cinta pada Nana namun ditolak mentah-mentah kerana Nana hanya ingin bercinta dengan orang yang lebih berumur darinya dan matang... Perasan Yusoff di saat itu tidak terluka langsung kerana dia tidak mempercayai cinta dan "couple-couple ini hanya membuang masa dan duit sahaja... Setelah tidak dapat memikat Nana Yusoff haruslah mengikuti semua permintaan Joe...
Joe berkawan dengan Yusoff sejak Yusoff pindah ke Selangor lagi... Joe seringkali cuba menghibur dan memberi nasihat pada Yusoff tapi semua "bagaikan mencurah air didaun keladi sahaja"...Setelah menang pertaruhannya dengan Yusoff, Joe memintak Yusoff untuk berubah supaya tidak bergaduh lagi...Yusoff hanya mampu akur sahaja dengan permintaan kawannya itu keran Yusoff seorang yang memegang pada janjinya..
Sejak kejadian itu, Yusoff tidak bergaduh lagi tetapi dia mengusik orang pula dan suka bermain video games seperti gameboy dan video games dalam komputer... Yusoff juga menjadi pengawas perpustakaan untuk meluangkan masanya kerana pada masa itu ada sekolah sesi pagi dan sesi petang... Yusoff sekolah di sesi petang oleh hal itu la dia menghabiskan masa di perpustakaan pada waktu pagi jika dia bertugas atau bersama kawan-kawannya...
Kisah Dunia Yusoff
Monday, September 16, 2013
Permulaan Kisah Hidupnya
Ibunya pernah berkata suatu hari nanti engkau akan jadi anak derhaka... Adik-adiknya pula tidak mengaku dia sebagai abang... Tunangnya pula meninggalkannya pergi bersama kekasih baru yang dapat memberi dia segalanya... Kawan-kawannya pula mengkhianati dan pergi dari hidupnya disaat dia memerlukannya.... Yusoff sering kali bertanya apakah dunia ini adil baginya? "Apakah memang nasib hidup aku begini?", " Mengapa harus aku berseorangan?", "Mengapa harus dia pergi meninggal aku?". Itulah persoalan yang sering bermain di dalam fikiran Yusoff.... Yusoff memang rapat sangat dengan ayahnya namun Allah lebih menyayangi ayahnya... Yusoff telah kehilangan ayahnya sejak berumur 12 tahun... Sejak dari itu dia harus memikul tangggungjawab dan beban kehidupan...
Ibu Yusoff adalah seorang guru dan ketika itu ibunya sambung belajar untuk kenaikan gaji bagi menjaga 3 anak yang membesar dan kehilangan kasih sayang seorang ayah... Ibu Yusoff cuba menjadi seorang ibu dan ayah pada masa yang sama bagi memberi kasih sayang yang secukupnya buat anak-anaknya.... Yusoff serta adik-adiknya iaitu Rina dan Dani harus menerima hakikat bahawa ayah mereka tiada lagi... Rina adalah adik perempuan Yusoff, dia amat pintar dan belajar bersungguh-sungguh berbanding dengan Yusoff dan adik lelaki mereka Dani.... Yusoff dan Dani pintar tetapi malas dan suka buat sesuatu sambil lewa melainkan ada pencetus semangat... Mereka berdua mempunyai hobi yang sama tapi ada jurang diantara mereka bertiga.... Rina dan Dani menjadi anak manja dan sering kali mengadu pada Affifah ibu mereka... Yusoff pula sejak pemergian ayahnya kehidrat-Illahi sering kali duduk berseorangan dan membuat kerja berseorangan kerana masih tidak dapat menerima pemergian ayahnya...
Semenjak pemergian ayah Yusoff, Yusoff dan adik-adiknya berpindah ke Selangor duduk bersama atuk dan nenek mereka keran ibu mereka belajar ketika itu... Yusoff sudah memasuki alam sekolah menengah manakala Rina ketika itu darjah 4 dan adik mereka Dani pula berumur 6 tahun... Yusoff kini berada ditingkatan satu cuba berjinak hidup tanpa kasih sayang seorang ayah yang dulunya semangat baginya
Subscribe to:
Posts (Atom)