Monday, September 16, 2013

Barannya

Disekolah ataupun rumah, Yusoff menjadi seorang yang sentitif... Pantang baginya orang bermain nama atau mengutuk ayahnya... Yusoff menjadi seorang yang sangat panas baran tidak kira kawan mahupun keluarga tetap pantang baginya... Ada saja yang merasa buku limanya, tak cukup dengan itu Yusoff seringkali bergaduh disekolah untuk mengurangkan rasa kehilangan ayah dan untuk menghiburkan hatinya.
Yusoff tidak mengira lawannya kecil atau besar semuanya dia sapu... Tambahan pula ada pelajar India yang bernama Yogest suka mencari gaduh dengan Yusoff untuk menguji kekuatan... Yusoff sering ke bilik disiplin dan bilik kaunseling sehinggakan cikgu-cikgu disekolah tidak larat lagi menenggur dia... Perbuatan Yusoff yang suka bergaduh itu tidak disukai oleh pelajar perempuan dan kawan-kawannya yang lain disekolah,dari situ kawan Yusoff iaitu Joe mencabar Yusoff untuk memikat Nana... Nana seorang pelajar yang bermasalah dan suka permainkan lelaki,Yusoff menyahut cabaran Joe kerana dia pantang dicabar...
Biasa la zaman sekolah dan masih tidak mengenali lagi dunia IT,Yusoff mengirim surat cinta pada Nana namun ditolak mentah-mentah kerana Nana hanya ingin bercinta dengan orang yang lebih berumur darinya dan matang... Perasan Yusoff di saat itu tidak terluka langsung kerana dia tidak mempercayai cinta dan "couple-couple ini hanya membuang masa dan duit sahaja... Setelah tidak dapat memikat Nana Yusoff haruslah mengikuti semua permintaan Joe...
Joe berkawan dengan Yusoff sejak Yusoff pindah ke Selangor lagi... Joe seringkali cuba menghibur dan memberi nasihat pada Yusoff tapi semua "bagaikan mencurah air didaun keladi sahaja"...Setelah menang pertaruhannya dengan Yusoff, Joe memintak Yusoff untuk berubah supaya tidak bergaduh lagi...Yusoff hanya mampu akur sahaja dengan permintaan kawannya itu keran Yusoff seorang yang memegang pada janjinya..
Sejak kejadian itu, Yusoff tidak bergaduh lagi tetapi dia mengusik orang pula dan suka bermain video games seperti gameboy dan video games dalam komputer... Yusoff juga menjadi pengawas perpustakaan untuk meluangkan masanya kerana pada masa itu ada sekolah sesi pagi dan sesi petang... Yusoff sekolah di sesi petang oleh hal itu la dia menghabiskan masa di perpustakaan pada waktu pagi jika dia bertugas atau bersama kawan-kawannya...

No comments:

Post a Comment